BAGAIMANA HENDAK MENJADI OPERATOR RADIO AMATUR DI MALAYSIA
Apakah itu Radio Amatur?
Sepuluh Perkara yang anda perlu tahu berkenaan Radio Amatur
(dipetik dari risalah MCMC)
Radio Amatur atapun juga dikenali sebagai “Ham Radio” ialah
hobi berkenaan membina, menguji-kaji dan berkomunikasi melalui radio.
Pengguna-pengguna Radio Amatur ini saling berhubung dengan
rakan-rakan mereka seluruh dunia melalui beberapa set-set frekuensi radio yang
telah ditetapkan.
Bilakah Radio Amatur bermula?
Sejarah Radio Amatur ini telah bermula semenjak perhubungan
radio digunakan. Pada tahun 1912, Kongress Amerika Syarikat telah meluluskan
undang-undang pertama bagi mengawal selia pemancaran radio di Amerika Syarikat.
Bermula 1914, pengguna Radio Amatur telah mula berkomunikasi dan mengadakan
satu system penghantaran mesej di antara mereka. Di Malaysia, radio amatur
merupakan titik bermulanya perkhidmatan radio komersil.
Apakah yang boleh saya lakukan dengan Radio Amatur?
Tidak seperti teknologi perhubungan lain, Radio Amatur
membolehkan anda berhubung dari mana-mana tempat, pada setiap masa! Pada
waktu-waktu bencana, Radio Amatur amat berguna, terutamanya kepada
agensi-agensi penyelamat. Pada ketika lain, anda juga kadang kala boleh
bercakap dengan para angkasawan atau membalikkan isyarat dari bulan! Anda juga
boleh menghantar fail ataupun gambar secara digital. Adakah hobi lain yang
menyediakan sebegitu ciri sepertinya?
Saya sentiasa sibuk. Adakah saya masih boleh menikmati hobi
ini?
Sudah tentu! Hobi ini tidak terikat kepada sesuatu masa,
tempat dan pendapatan seseorang. Memandangkan ianya mudah dikendalikan, ramai
yang sentiasa sibuk mendapati ianya seronok digunakan dan mengurangkan tekanan
selepas seharian bekerja. Anda dan juga keluarga anda juga boleh menikmati dan
mempelajari hobi ini.
Apakah perbelanjaan yang diperlukan bagi hobi ini?
Sebuah radio bersaiz telapak tangan yang baru mungkin sama
harganya dengan satu TV 19 inci yang berkos rendah. Radio yang lebih besar
adalah sama kosnya dengan satu komputer.
Selain dari itu, bahan-bahan pembelajaran berkenaan Radio
Amatur adalah berpatutan dan yuran peperiksaan bagi mendapatkan Sijil Perakuan
juga adalah rendah.
Secara alternatif, sekiranya anda cenderung untuk
menguji-kaji, seperti kebanyakaan pengguna Radio Amatur atau “Ham Radio”, anda
boleh membuat unit “Ham Radio” anda sendiri.
Siapa yang boleh membantu saya?
Kelab-kelab Radio Amatur terdapat di seluruh Malaysia dan
bersedia untuk membantu anda. Ada di antara kelab-kelab tersebut mempunyai
halaman web yang mengandungi maklumat mengenai hobi tersebut.
Bagaimana saya boleh menjadi seorang operator Radio Amatur?
Hanya mereka yang telah diperakukan boleh mengendalikan
sesuatu alat Radio Amatur. Bagi mendapatkan Sijil Perakuan, anda haruslah
warganegara Malaysia berusia 14 tahun ke atas dan lulus ujian-ujian berikut:
* Ujian Teori Radio dan Kefahaman Peraturan Radio bagi Sijil
Perakuan Kelas B atau
* Ujian Kod Morse dan ujian-ujian teori dan radio di atas
bagi Sijil Perakuan Kelas A.
Siapakah yang mengeluarkan Sijil Perakuan itu?
Sijil Perakuan tersebut dikeluarkan oleh Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia kepada mereka-mereka yang telah lulus ujian
yang diadakan.
Adakah saya perlu membayar yuran?
Ya, Sijil Perakuan tersebut haruslah diperbaharui setiap
tahun. Yuran tahunan bagi Sijil Perakuan Kelas A adalah sebanyak RM36 dan bagi
Sijil Perakuan Kelas B, yurannya adalah RM24 setahun.
Apakah yang boleh saya pelajari sebagai permulaan?
Anda boleh memulakan pelajaran anda dengan mempelajari
fonetiks abjad yang digunakan oleh pengguna-pengguna Radio Amatur di seluruh
dunia!
Abjad
Kod digunakan
A
Alfa
B
Bravo
C
Charlie
D
Delta
E
Echo
F
Foxtrot
G
Golf
H
Hotel
I India
J Juliet
K
Kilo
L Lima
M Mike
N
November
O
Oscar
P
Papa
Q
Quebec
R
Romeo
S
Sierra
T
Tango
U
Uniform
V
Viktor
W Whiskey
X
X-Ray
Y
Yangkee
Z Zulu